Semasa saya berada di KB Mall tadi, tiba-tiba saya disapa seorang lelaki Cina Belum Muslim dalam bahasa Melayu, ‘awak Firdaus Wong kan’.
.
Saya menjawab, ‘ya saya dan saudara adalah?’
.
Lalu dia memperkenalkan diri sebagai Teh, Ketua Pemuda DHPP (Dewan Himpunan Penyokong PAS) Kota Bharu. Tak sangka pula ada dari kalangan yang Belum Muslim juga mengikuti perkembangan dakwah saya dan memberikan sokongan. Alhamdulilah.
.
Sebelum berpisah, beliau meminta untuk berswafoto dengan saya sebagai tanda kenangan maka terhasillah gambar ini. Dakwah perlu berprinsip, dalam tegas ada lembutnya. Tegas dalam akidah luas dalam fekah. InshaAllah.
.
#islam #muslim #dakwah #firdauswong #multiracialrevertedmuslims #ceramahfirdauswong